Thursday, October 25, 2018

Datin Seri Rosmah, Dua Anak Lelaki Tiba Di, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (News)

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman Najib dan Riza Aziz tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini sebentar tadi.

Rosmah yang berbaju kurung putih tiba kira-kira jam 9.45 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.

Manakala kedua-dua anaknya juga menaiki sebuah kereta Proton Perdana.

Ketiga-tiga mereka dipanggil untuk memberi keterangan di kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman berhubung pemilikan dan pembelian barangan kemas yang dirampas di hartanah berkaitan Najib pada Mei lalu, berkaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan bahawa nilai keseluruhan rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Enam premis yang diserbu adalah Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana, tiga buah kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta.

Kandungan di dalam 75 beg itu berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.

Pada 26 September, Rosmah hadir kali kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai memberi keterangan hampir 13 jam.

4 Oktober lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan memanggil isteri Rosmah bagi merakamkan percakapan berhubung siasatan pelbagai kes termasuk siasatan terhadap syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB.

No comments:

Post a Comment

The 'Fatty' Chinese Zodiac Forecast in 2024 (Iverson Lee)

Interesting topic for 2024 years that you have on your bazi chart that you have it you will be surprised that you will become the fatty anim...